SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Saturday, October 17, 2009

Butterfly



Slide yang dipaparkan berkenaan rama-rama itu sangat menarik. Ia mengajar kita erti kehidupan ini. Setiap apa yang berlaku termasuk kesusahan dan kepayahan dalam meniti kehidupan ini pasti ada hikmahnya. Allah akan menguji hambanya supaya kita sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Seperti rama-rama tadi, ia perlu gigih untuk mengeluarkan dirinya dari kepompong untuk bebas berterbangan melihat keindahan dunia. Tetapi, pertolongan pemuda itu telah menyebabkan rama-rama tadi hilang segalanya. Ia tidak mampu lagi untuk bebas berterbangan. Dunia yang sebelum ini indah tiba-tiba menjadi gelap. Oleh itu, kita perlulah berilmu sebelum kita melakukan sesuatu walaupun niat kita adalah murni.

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan tuhan , indah pada masanya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas, segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©