SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Thursday, October 15, 2009

SMART BOARD



Secara jujurnya, sebelum saya datang ke UPSI, saya tidak pernah mengetahui apa itu smart board apatah lagi untuk melihat dan memegangnya. Kali pertama saya melihat smarboard ialah ketika saya berada pada semester satu dalam pengajian. Smartboard ini telah diperkenalkan oleh kakak-kakak senior pada masa itu. Kemudian, semasa sesi pembelajaran TKU2023 pada semester 3, saya sekali lagi diperkenalkan dengan penggunaan smartboard. Pada kali ini, penerangan tentang smartboard adalah lebih terperinci.
Smart board merupakan papan tulis interaktif yang membuat pembelajaran di kelas jauh lebih lancar dan menyenangkan. Smart board memberikan tampilan komputer dengan projektor. Bezanya, papan putih biasa tidak akan mempengaruhi apa-apa apabila skrin disentuh atau diconteng-conteng. Namun, smart white board menerima itu semua sebagai input.Smart board mempunyai tiga komponen yang saling berkaitan iaitu, komputer, projektor, dan papan tulis. Setiap komponen dihubungkan dengan USB, serial data, ataupun wireless. Projektor menampilkan gambar di papan, misalnya gambar desktop pada komputer.Mekanisme kerjanya adalah sangat simple. Jika kita menyentuh tombol start pada papan, smart board menukarkannya sebagai input pada komputer. Maka, menu dalam start, baik di komputer mahupun pada papan, akan muncul. Teknologi itu disebut DviT (digital vision touch).Dengan DviT, kita bisa menggunakan tangan ataupun mouse. Kita bisanya akan klik dua kali, pointing, dan men-drag objek langsung pada skrin/papan. Ketika pembentangan, pembantu operator komputer tidak diperlukan lagi.
Di samping itu, papan tersebut juga dilengkapi SMART pen tray. Ia merupakan sesuatu tempat yang berfungsi memberitahu komputer jika kita menconteng pada papan. Jika kita mengambil pen, sensor optik akan berkerja. Ia bakal memberi tahu komputer agar menampilkan pilihan warna, ketebalan, dan tool lain untuk menulis. Pen tray tersebut menggunakan konsep elektronik.
Penggunaan smart board semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat para pelajar kerana penggunannya adalah menyeronokkan. Papan tulis interaktif smart board ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Selain itu, penggunaan smart board ini akan menjadikan para pelajar lebih kreatif dan mempunyai sikap ingin ”explore” sesuatu yang baru. Penggunaan smart board dalam kelas memberikan banyak manfaat kepada kita semua terutamanya semasa sesi kuliah. Saya berharap agar semua para pelajar diberi peluang untuk menggunakan smart board pada suatu masa nanti.

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©