SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Thursday, October 15, 2009

SIMULASI


Simulasi merupakan satu lagi pembelajaran yang diajar di dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kimia. Ramai yang mengetahui tentang simulasi ini tetapi tidak ramai yang mengetahui faedah dan manfaatnya kepada kita semua. Simulasi merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran menerusi pengalaman.
Kadang-kadang, eksperimen yang terlalu bahaya dan memerlukan kos yang tinggi tidak dapat dijalankan di makmal-makmal sekolah. Namun, para guru dapat menujukkan eksperimen ini kepada para pelajarnya menerusi simulasi. Simulasi merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sangat menarik. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.
Penggunaan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.
Untuk mengaplikasikan pembelajaran simulasi, kami telah diberikan tugasan secara berpasangan berkaitan tajuk ini. Kami telah memilih tajuk kadar tindak balas adalah dipengaruhi oleh faktor luas permukaan. Simulasi telah diambil daripada laman web http://freezeray.com/flashFiles/RatesOfReactionSurfaceArea.swf

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©