SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Sunday, January 31, 2010

KITA PASTI DIRISIK DAN..........

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali...
Di hujung hidup nanti...

Berlangsungnya perkahwinanmu
dengan maut..
Hantarannya sakit dan nazak...
Tamu bertandang menghadiahkan
esak tangis...
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju putih
Wangian gaharu cendana..
Keranda jadi pelamin...
Pengantin bersanding sendirian...

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin ..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan dia menuntut janji..
Sucikan kita tatkala berpadu...

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
atau terkubur bersama dosa-dosa..
Dan Dia kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Semoga kita tergolang dalam golongan yang dimasukkan ke syurga..amin..

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©