SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Thursday, October 15, 2009

H1N1



Baru- baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan satu wabak yang begitu cepat merebak iaitu H1N1. Penularan wabak ini telah membimbangkan semua masyarakat tidak kira umur dan pangkat. Wabak ini telah banyak membawa kepada kes kematian. Dalam negara kita, tiga buah negeri yang paling banyak kes H1N1 ialah negeri Johor, diikuti Selangor dan Melaka. Tanda-tanda bagi penyakit ini ialah demam, batuk, sakit sendi dan selsema. terdapat juga sesetengah orang yang tidak mempunyai simptoms tersebut tapi disahkan positif menghidapi penyakit ini. Semua orang digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada penyakit ini seperti memakai "mask", serta sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan. Mengenai langkah untuk memperlahankan penularan wabak itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.berkata orang ramai perlu patuhi beberapa peraturan yang digariskan termasuk mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan secara rutin serta mengamalkan duduk berjarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan.
"Kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah tetapi perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum dan memakai topeng mulut dan hidung dan jika gejala bertambah teruk, segeralah mendapatkan rawatan," katanya.
Mengenai kes kedatangan yang berkurangan disebabkan demam, batuk dan selesema sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, Dr Ismail berkata perkara itu perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
"Bagi pelajar yang sekolah dan institusi mereka terlibat dengan arahan penutupan sementara, adalah dimaklumkan hanya mereka yang bebas dari tanda-tanda H1N1 atau ILI sahaja yang dibenarkan pulang.
"Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ada tanda penyakit itu, kita nasihatkan mereka untuk terus berehat kerana mereka masih mempunyai risiko untuk menularkan virus di kalangan rakan masing-masing," katanya. Namun, sekarang kes H1N1 telah pun semakin berkurang. Kita patut bersyukur kepada tuhan atas kurangnya penularan wabak ini. Walaubagaimanapun, langkah-langkah kebersihan dan kesihatan diri perlu dijaga untuk mengelakkan sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©