SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Friday, October 16, 2009

Falsafah Diri

Memandangkan saya merupakan seorang bakal pendidik, saya telah menetapkan satu falsafah dalam diri saya sendiri. Saya akan berusaha untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang bitara, cemerlang serta dihormati untuk mendidik anak bangsa ke arah kegemilangan.

Bagi saya, kejayaan anak didik saya adalah kebanggaan saya. Saya berharap agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan sebaik yang mungkin pada masa akan datang. Akhir kata,pendidik adalah orang yang dididik untuk menjadi pendidik yang terdidik untuk mendidik anak bangsa..renung-renungkanlah...

Di sini, ada sertakan sebuah karya hasil nukilan Ismail Haji Adnan yang bertajuk "GURU"

Guru
di matamu ada hitam putih cahaya
mewarna panorama sejagat
di hidungmu ada wangi hanyir hiduan
membina hikmat naluri insan
di telingamu ada nyaring halus bisikan
merubah tuju haluan
di tanganmu ada keras lembut sentuhan
mengukir sejarah agama, bangsa dan negara
di mulutmu ada pekik pujuk puisi
meneruskan perjuangan watan.

Guru di hatimu ada warni warna
di hatimu ada bauan bau
di hatimu ada dengaran dengar
di hatimu ada genggaman genggam
di hatimu ada bunyian bunyi
di hatimu ada segala dari wasiat Pencipta
sekali terbohong
seratus tahun tak sudah menebus dosa.

Guru
rejamkan hati hitammu ke lubuk puaka
palitkan keindahan ke syurga.

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©