SINGGAH DULU.....

Followers

cinta bertasbih

About Me

My photo
Nama diberi ialah Nor Madihah Binti Ali. Negeri kelahiran ialah Terengganu Darul Iman.Pendidikan awal ialah di SKS Geliga, kemudian SMK Geliga, Sek. Men. Sains Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Kedah dan hingga kini, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diambil ialah Pendidikan Sains (KIMIA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Wednesday, September 9, 2009

spreadsheet chemistry




Spreadsheet merupakan sesuatu benda yang biasa didengari dan diguna ramai. Spreadsheet adalah penggunaan perisian microsoft excell yang biasa digunakan oleh para pelajar mahupun para guru atau pensyarah. Kita akan menggunakan spreadsheet apabila kita ingin merekodkan sesuatu data samaada dalam eksperimen mahupun markah para pelajar atau bilangan para pelajar dalam kelas secara sistematik.
Antara kelebihan spreadsheet yang menggunakan perisian microsoft excell ialah data dapat direkodkan dengan kemas dan teratur. Selain itu, fungsi pengiraan data yang telah dikumpulkan akan menjadi mudah. Kita tidak perlu mengira satu persatu menggunakan kalkulator, tetapi hanya menyediakan formula dalam microsoft excell dan pengiraan akan dilakukan secara automatik. Jika data diubah, pengiraan akhir juga akan berubah berpandukan perubahan data dalam sel tersebut. Di samping itu, graf sesuatu data juga dapat dibuat dengan tepat. Kesimpulannya, spreadsheet ini akan memudahkan kerja kita terutamanya semasa merekod sesuatu tanpa memerlukan pengiraan berulang kali serta graf dapat dibuat dengan tepat untuk melihat perbandingan sesuatu.

0 comments:

Post a Comment

H1N1

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©